Dalam budaya masyhur Tragedi_Highland_Towers

Bersempena meraikan ulang tahun ke-17 tragedi keruntuhan blok A pangsapuri Highland Towers, The History Channel (Astro Saluran 555) menyiarkan sebuah rancangan dokumentari khas selama sejam yang bertajuk, The Highland Towers Disaster. Dokumentari yang diterbitkan oleh Novista ini menampilkan temuramah daripada mangsa yang terselamat, ahli keluarga mangsa tragedi, pegawai polis dan bomba serta mereka yang terlibat secara langsung, dan juga rakaman video dan arkib gambar tragedi ini.[16][17][18]

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi rancangan Eksklusif menyiarkan episod mengenai tragedi Highland Towers di TV1.

Pada 31 Oktober 2013, filem seram arahan Pierre Andre yang bertajuk, Highland Towers telah ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Filem ini menggunakan konsep penemuan rakaman dan rakaman video yang disiarkan berdasarkan tragedi ini.[19]

Rujukan

WikiPedia: Tragedi_Highland_Towers http://www.amyikram.com/2010/12/highland-towers-di... http://www.budiey.com/in-memory-of-the-highland-to... http://www.historyasia.com/synopsis.aspx?libId=140... http://www.lawyerment.com.my/library/doc/laws/case... http://www.sinarharian.com.my/highland-tower-buat-... http://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.hba.org.my/archive/focus/HT/1993/12-18T...